Thursday, September 25, 2008

SUSU DAN HASILAN SUSU DARI CHINA YANG TERCEMAR DENGAN MELAMINE

Berita Kesihatan.....Mesti Baca
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan maklumat terkini berkaitan dengan isu susu dan hasilan susu dari China yang tercemar dengan melamine.
Senarai produk makanan yang tidak terlibat dengan isu melamine dari China telah dikemaskini sehingga hari ini adalah seperti di Lampiran 1.
KKM telah menjalankan pemeriksaan dan penyitaan bagi produk-produk hasilan susu di seluruh negara bermula semalam. Setakat ini, laporan penyitaan yang telah dijalankan di pasaran tempatan seperti di Lampiran 2.
KKM juga telah mendapatkan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk memastikan semua kantin sekolah tidak menjual produk makanan yang disyaki tercemar oleh melamine dari Negara China.
Di pintu masuk negara, KKM dengan kerjasama pihak Kastam Diraja Malaysia (KDRM) memastikan produk yang telah diarah untuk Pemeriksaan Tahap 6 (Auto Rejection) tidak akan masuk ke negara ini. Sehubungan dengan produk-produk makanan lain dari Negara China, KKM telah mengenakan Pemeriksaan Tahap 5 (Tahan, Uji & 1
Lepas) untuk memastikan keselamatan makanan tersebut. Di samping itu, aktiviti pemantauan produk makanan akan dijalankan secara berterusan.
Sekiranya pengguna telah mengambil sebarang produk makanan yang disyaki tercemar dengan melamine, pengguna dinasihatkan supaya tidak bimbang kerana kesannya sangat sedikit sebab memerlukan kandungan melamine yang banyak. European Commission Directive EC No. 2002/72 telah menetapkan tahap migrasi melamine yang selamat daripada bekas / pembungkus kepada makanan ialah 30 mg / kg makanan. Dalam konteks ini, melamine telah dikesan di dalam minuman, kopi, jus oren, susu fermentasi dalam julat 0.54 – 2.2 mg / kg makanan.
Jika pengguna masih ragu-ragu mengenai tanda-tanda kegagalan ginjal, mereka hendaklah segera berjumpa dengan pegawai perubatan untuk mendapatkan sebarang nasihat dan rawatan yang berkaitan.
Kementerian Kesihatan Malaysia
24 September 2008

No comments: