Wednesday, February 24, 2010

Sukan Tahunan Sekolah 2010


Tarikh : 11 dan 12 Mac 2010
Tempat : Padang Sukan, SK Hijrah Badong Daro

Semua guru penasihat rumah boleh mengadakan ujian atau latihan kepada peserta rumah bagi mengasah dan melahirkan bakat pelajar yang bakal mewakili sekolah ke pertandingan sukan dan olahraga peringkat daerah, bahagian dan seterusnya.

Tarikh hantar borang penyertaan dan pendaftaran ialah pada 1 Mac 2010.
Sila hantar segala data dan maklumat tersebut kepada Cikgu Siti Norzehan binti Mohamad Zakaria (bahagian buku program) untuk tindakan selanjutnya.

Sekian dan harap maklum.

Monday, February 15, 2010

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 1431H



Selamat berbahagia di samping keluarga tersayang...semoga tahun 2010 akan memberi kita banyak ruang untuk berbicara tentang ilmu kesihatan.

Saya telah kembali semula...tunggu kemunculan drastik saya ok.

Thursday, September 25, 2008

LAPORAN PENYITAAN SUSU DAN PRODUK SUSU TERMASUK KONFEKSI* DARI NEGARA CHINA YANG DISYAKI TERCEMAR DENGAN MELAMINE

Bil. Kategori Jumlah Penyitaan Nilai (RM)

1 Konfeksi 101/RM 12,159.80
2 Bijirin, Hasil Bijirin, Kanji dan Roti 3 /RM1,132.99
3 Produk Coklat 21/RM 2,908.09
4 Susu dan Hasil Susu 7 /RM2,133.64
JUMLAH 132 /RM18,334.52


Produk Disita Yang Mematuhi Standard Bagi Melamine
1. Chocolate Coated Wafer (Passion)
2. Oreo White Chocolate Wafer Stick (Kraft)
3. Mini Cornetto Chocomint & Tiramisu Flavoured (Wall’s)
4. Moo Soft Cookie Sandwich (Wall’s)
5. Susu Tepung 123 Honey (Dutch Lady)
6. Susu Berperisa Strawberry (Dutch Lady)
7. Susu Tepung Rumusan Bayi (Frisolac)

Keputusan Sampel Yang Dianalisa Untuk Melamine
Bilangan / Jenis Sampel /Keputusan Awal
1. Chocolate Coated Wafer(Passion) Tidak Dikesan*
2. Oreo White Chocolate Wafer Stick (Kraft) Tidak Dikesan*
3. Mini Cornetto Chocomint & Tiramisu Flavoured (Wall’s) Tidak Dikesan*
4. Moo Soft Cookie Sandwich (Wall’s) Tidak Dikesan*
5. Susu Tepung 123 Honey (Dutch Lady) Tidak Dikesan*
6. Susu Berperisa Strawberry(Dutch Lady) Tidak Dikesan*
7.Susu Tepung Rumusan Bayi (Frisolac)0.2 parts per million (ppm) *Tidak di kesan :<0.2 ppm

SUSU DAN HASILAN SUSU DARI CHINA YANG TERCEMAR DENGAN MELAMINE

Berita Kesihatan.....Mesti Baca
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan maklumat terkini berkaitan dengan isu susu dan hasilan susu dari China yang tercemar dengan melamine.
Senarai produk makanan yang tidak terlibat dengan isu melamine dari China telah dikemaskini sehingga hari ini adalah seperti di Lampiran 1.
KKM telah menjalankan pemeriksaan dan penyitaan bagi produk-produk hasilan susu di seluruh negara bermula semalam. Setakat ini, laporan penyitaan yang telah dijalankan di pasaran tempatan seperti di Lampiran 2.
KKM juga telah mendapatkan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk memastikan semua kantin sekolah tidak menjual produk makanan yang disyaki tercemar oleh melamine dari Negara China.
Di pintu masuk negara, KKM dengan kerjasama pihak Kastam Diraja Malaysia (KDRM) memastikan produk yang telah diarah untuk Pemeriksaan Tahap 6 (Auto Rejection) tidak akan masuk ke negara ini. Sehubungan dengan produk-produk makanan lain dari Negara China, KKM telah mengenakan Pemeriksaan Tahap 5 (Tahan, Uji & 1
Lepas) untuk memastikan keselamatan makanan tersebut. Di samping itu, aktiviti pemantauan produk makanan akan dijalankan secara berterusan.
Sekiranya pengguna telah mengambil sebarang produk makanan yang disyaki tercemar dengan melamine, pengguna dinasihatkan supaya tidak bimbang kerana kesannya sangat sedikit sebab memerlukan kandungan melamine yang banyak. European Commission Directive EC No. 2002/72 telah menetapkan tahap migrasi melamine yang selamat daripada bekas / pembungkus kepada makanan ialah 30 mg / kg makanan. Dalam konteks ini, melamine telah dikesan di dalam minuman, kopi, jus oren, susu fermentasi dalam julat 0.54 – 2.2 mg / kg makanan.
Jika pengguna masih ragu-ragu mengenai tanda-tanda kegagalan ginjal, mereka hendaklah segera berjumpa dengan pegawai perubatan untuk mendapatkan sebarang nasihat dan rawatan yang berkaitan.
Kementerian Kesihatan Malaysia
24 September 2008

Wednesday, September 10, 2008

PENDIDIKAN JASMANI ASAS GAYA HIDUP SIHAT

Senaman Asas Kesihatan
Penyebab utama kematian di Malaysia adalah penyakit kardiovaskular yang terdiri daripada penyakit jantung koronari dan angin ahmar atau strok. Hampir 30 % kematian yang disahkan oleh doktor di Malaysia disebabkan penyakit kardiovaskular.

Di antara punca utama kematian penyakit kardiovaskular adalah penyakit jantung koronari yang merupakan 18 % daripada kesemua kematian di negara kita. Penyakit jantung koronari adalah merupakan pembunuh utama diikuti dengan angin ahmar/strok
( 10.0 % )

Faktor risiko utama penyebab penyakit jantung koronari dan angin ahmar/strok adalah :

  • Gaya hidup tidak aktif atau sedentari.

  • Amalan pemakanan yang tidak sihat.

  • Tabiat buruk merokok.

Pada tahun 1995 hampir 95,000 orang telah dimasukkan ke hospital-hospital kerajaan di Malaysia. Kadar kemasukan kes kardiovaskular adalah hampir 500 orang bagi setiap 100,000 penduduk, ini bermakna bagi setiap 1,000 orang, 5 orang akan dimasukkan ke hospital kerajaan akibat penyakit kardiovaskular.

Penyakit diabetis juga berkait rapat dengan gaya hidup sihat yang tidak aktif. Ini juga merupakan salah satu faktor risiko utama untuk penyakit jantung. Prevalen penyakit diabetis di Malaysia juga telah meningkat dari 6.3 % pada tahun 1986 ke 8.2 % pada tahun 1996. Kos rawatan untuk penyakit diabetis juga semakin meningkat akibat komplikasi yang dihadapi oleh pesakit diabetis seperti penyakit buah pinggang, jantung dan kebutaan.
Kanser juga merupakan pembunuh utama kelima di Malaysia ( 9.0 % daripada keseluruhan kematian ). Kanser payudara juga dikaitkan dengan gaya hidup tidak aktif adalah merupakan penyebab utama kematian akibat kanser di kalangan wanita di negara ini.

Kejadian beberapa penyakit kronik berhubung rapat dengan gaya hidup yang tidak aktif. Kajian senaman yang dijalankan melalui Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi 1996 di seluruh negara menunjukkan hanya 11.6 % daripada rakyat Malaysia yang aktif bersenam ( bersenam sekurang-kurang tiga kali seminggu ). Manakala 69.1 % tidak mengamalkan senaman dan selebihnya mengamalkan senaman satu atau dua kali seminggu. Golongan yang didapati amat kurang be
rsenam ialah wanita, pekerja sektor swasta, penduduk luar bandar dan mereka yang meningkat tua
MENCEGAH PENYAKIT-PENYAKIT YANG BERKAITAN DENGAN CARA HIDUP

Elakkan daripada mengamalkan cara hidup sedentari. Cara hidup sedentari akan meningkatkan risiko beberapa penyakit kronik.
Cara hidup sedentari merangkumi :
  • Gaya hidup yang tidak aktif.

  • Tidak mengamalkan senaman dengan tetap.

  • Banyak menghabiskan masa tanpa pergerakan yang secukupnya.

  • Pekerjaan seharian yang tidak banyak menggunakan tenaga atau keringat